Posts

Showing posts from 2010

Doa apabila Mula memasuki Tanah Haram Makkah al-Mukarramah.

Image
"Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Mengasihani. Ya Allah!, kurniakan aku disini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal. Ya Allah! sesungguhnya Tanah Haram ini, negara ini, ketenteraman yang ada didalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaan-Mu. HambaMu ini datang menyahut panggilan-Mu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk. Aku pohon kepada-Mu sebagai permohonan orang sangat berhajat kepadaMu dan takut daripada azab-Mu supaya Engkau terimalah daku dengan kelimpahan kemaafan-Mu, masukkan daku kedalam syurga-Mu, syurga Jannatun Naim. Ya Allah! susungguhnya ini adalah tanah haram-Mu, maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulang sediku, dan semua angotaku dari api neraka". Amin.

Surah At-Taubah ; Ayat 128-129.

Image
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (129)

Salam.

Image
Welcome to my blog.